Bayar Ayam Bakar Ayam Bakar
AKHIRNYA! Berjaya gak si MatNor downloadkan gambar2 ni dari kamera dia ke computer setelah sekian lamanye. Gambar2 ni masa buat mini gathering bakar2 ayam kat PD baru ni. Sepatutnya gathering ni suppose to be Zaki punya majlis farewell sebab dah nak bertukar keje ke kerteh dan jugak time ni spatutnya dia nak passing kat kawin dia kat kengkawan yg hadir. Tapi last2 minit, kad dia kedai tu tak sempat nak siapkan & dia pon tepaksa cancel join atas sebab musabab tertentu.
Antara yg hadir :-
1.) Aku, Hani, Little Danish Haiqal & my bro, Hakim
2.) Erly & Pidah
3.) Ajang & Liza
4.) Apih, Jie & Little Adam Haikal
5.) Pengantin Baru : Suri & Nani
6.) Marshall & Najwa
7.) Mai
8.) Tetamu Jemputan : Dato AKA Lohs,
Majlis dimulakan dengan insiden glamer haram Erly dan keretanya yg mana tayarnya terpeleot ke dalam longkang umah Apih. Namun problem berjaya diselamatkan oleh krew2 pit stop yang bertugas iaitu aku, Ajang, Hakim, Mai, Apih, serta tuan keter, Erly menggunakan sejenis alat khas yg dipanggil alat bantuan jongkang bata yg kebetulan boleh didapati secara meluas dia kawasan umah Apih tu.
Kipas beb, jangan tak kipas... Dengan adanya Mai yang 10 thn pengalaman mengipaskan ayam percik pasar ramadhan di Sek9 Shah Alam, semuanya tampak mudah dong!
Para isteri sedang bergosip sakan sambil membelek2 album kawin Suri & Nani.
Adam Haikal dah tak leh handle bau ayam bakar dan terpaksa dikejar oleh maknya.
Special pose by Wan Danish Haiqal yg tampak agak jakun dengan pantai PD tu walaupon mak bapak dia dah beberapa kali bawak gi jalan2 pantai!
Dah kul 6 api tak idup2 lagi ni apa citer beb? Kang balik goreng je ayam2 ni kat dapur umah kang...
Ini dia tetamu jemputan kita, Dato yg dah lawan tauke interframe posing maut walaupon datang kejap je untuk tidak menghampakan pihak lawan. Kelihatan turut 'mengglamer-haramkan' diri, si pengantin baru, Suri.
On another note, watched the champions league clash last 2 days between Chelsea-Barca where Barca stole a vital away point with the score 2-1. It was a damn superb match to watch especially in the second half. Was impressed with Messi and as always, Ronaldhino. Henrik Larsson also played the game well. The Blues fought well though with 10 men after Asier del Horno's dismissal with a superb display by John Terry. Ole ole ole!!!
Have A Nice Weekend!
Posted by
Wan Mohd Fahimi @
12:04 PM
|