Selamat Pengantin Baru - Zaki & Faridah
Alhamdulillah, minggu ni gua tumpang seronok sebab gua punye brader Ahmad Zaki AKA Cuak dah selamat mendirikan mahligai syahdunya via akad nikah yg dilafaz secara successfulnya dgn skali lafaz sabtu lepas.
Date : 18 March 2006
Time : 10.00 AM
Venue : Seksyen 9, Kota Damansara
Kelihatan kedua2 pasangan mempelai sedang kusyuk mendengar khutbah pada pagi itu. Manakala Zaki sedang fokus bagi mengumpulkan semangatnya untuk upacara akad nikah yang akan berlangsung bila2 masa selepas khutbah tersebut.
Upacara akad nikah Zaki-Faridah diwalikan dan diakad sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Tok kadi sedang pegang mikrofon so terlindung sket gambar ni oleh lensa kamera gua.
Date : 19 March 2006
Time : 1.00 PM
Venue : Jalan Jingga, Off Batu 3 Lama, Klang
Pasangan raja sehari masih sempat posing semasa makan beradab walaupon pengantin lelaki jelas terkilan keciwa kerana tak dapat merasa penangan 'kambing golek' yang dihidangkan kepada para jemputan.
Gambar bersama pengantin. Berdiri dari kiri : Aku, Dolohs AKA Dato, Tyco, Suri, Erly, Rafidah (Mrs. Erly), Honey & Danish, Nani (Mrs. Suri), Shila AKA Datin (Mrs. Dolohs), Hanim (Mrs. Tyco)
Gambar bersama mak Zaki, Aunty Pah ni special request dari gua sebagai mengenang kenangan penghuni-penghuni 'Rumah Bakti Fakhriah' iaitu gua dan Erly masa kitorang keje kat MEB (Muhibbah Engineering BHD) dulu. Sekarang masing2 dah berkeluarga; Erly dengan Rafidah tak lupa bakal baby yg dah 8 bulan dalam kandungan serta Aku dengan Hani & Danish Haiqal. Sorang lagi penghuni yang tidak dapat dikesan pada hari tersebut ialah Qunut yang masa tu sibuk melayan budak2 Sains Muar. Qunut menginap disitu semasa beliau praktikal di Ford, Shah Alam.
Gambar last ni gambar kenangan2 AJK Pelaksana yang menjadi pemangkin majlis tersebut; Bagong, Honey, Danish & Gua. Kelihatan di belakang Aunty Pah.
Moga2 Allah memberkati dan melimpahi kedua2 pasangan mempelai. Selamat Pengantin Baru! Semoga Berbahagia ke Anak Cucu. All the best bro!
Posted by
Wan Mohd Fahimi @
5:47 PM
|